Left handed is not normal? I am left handed and I am special. What's makes me more special? I'm using both of my hand..So..this is my abnormal blog..Welcome to my abnormal blog..Ambidextrous
Tuesday, 9 April 2013
Si Katak
Jangan jadi katak yang suka panggil hujan..Tapi.........kalau katak tak panggil hujan, nanti kena makan dengan ular..pokok-pokok kat hutan pula terbantut dek tak dapat air secukupnya.. Opppsss..yang penting jangan jadi katak yang suka bising masa panggil hujan.. : )
Jadi manusia tu mulut kena jaga..Kalau tak tau jangan suka-suka nak bercerita..Kalau orang dok bercerita kat kita pulak macamana? Dah dapat juga dosa kan..dosa mendengar orang bercerita a.k.a mengumpat..tak kan nak cakap ----->
member : dah la..stop la.mengumpat dah ni kita ni beb
member 1 : eh..mana ada..aku cakap yang benar apa..
member : benar ke tak benar, mengumpat jugak beb..
member 1 : alaaa..ko ni..tak boleh bawak citer aaa..malas ar cakap dgn ko lagi..
Cakap macam tu rasanya 'member 1' tu mesti terasa hati jugak kan..
MMMMM...So macamana?
macam ni..bila nampak gaya si member tu macam nak 'bercerita' je, cepat-cepatlah kita alih topik..ajak dia sembang isu lain..tapi kalau dah sedap-sedap kita sembang isu lain tu, tetiba plak dia corner masuk isu dia nak 'bercerita' tu balik..HAAAA...apa lagi..pelan-pelan fikir cari alasan, angkat punggung, cabut!!
Kadang-kadang kita bukan tau pun benda tu betul ke tidak..tak pasal-pasal kang kita dah terpercaya dengan fitnah..MULUT MANUSIA ni special sikit..benda kecik dia boleh jadikan besar..dia tambah sana sini kasi cerita lagi HOT!..So dengan saya..jangan ye..Jangan bercerita pasal orang lain dengan saya..Hamba Allah ni tak suka..
Monday, 25 February 2013
KAWAN? PELAKON?
KAWAN? PELAKON?
Kenapa pelakon? Ya..sebab dalam hidup kita ni, kita selalu berada dalam keadaan yang membuatkan kita terpaksa berlakon..
Nak jaga hati orang lain, hati sendiri mencuka,muka tetap tersenyum..
Ada juga yang betul-betul pandai berlakon..Berlakon suka kita tapi hakikatnya belakang main tikam-tikam tanpa kita sedar. Haha..lihatlah dunia..tapi kita janganlah buat macam tu pulak ye..kejam namanya tu..kalau kawan biarlah ikhlas. Jangan jadi kawan yang makan kawan, kawan yang tikam kawan..Kalau ada kawan macam tu, kita jangan buang pula, waspada dan hati-hati lah..kalau dah kena sekali jangan bagi dia peluang kedua kenakan kita lagi.. Ye tak?
Jadi, dalam dunia kecik yang sementara ni..berbuat baiklah sesama kita..banyak pahala,terbang dosa.
Siapa pun kawan kita, jadilah diri kita sendiri..Biar kurang sempurna, tapi cuba jadi sempurna dan jadilah kawan yang sempurnakan hidup kawan lain dengan membuat mereka bahagia.
Nak jaga hati orang lain, hati sendiri mencuka,muka tetap tersenyum..
Ada juga yang betul-betul pandai berlakon..Berlakon suka kita tapi hakikatnya belakang main tikam-tikam tanpa kita sedar. Haha..lihatlah dunia..tapi kita janganlah buat macam tu pulak ye..kejam namanya tu..kalau kawan biarlah ikhlas. Jangan jadi kawan yang makan kawan, kawan yang tikam kawan..Kalau ada kawan macam tu, kita jangan buang pula, waspada dan hati-hati lah..kalau dah kena sekali jangan bagi dia peluang kedua kenakan kita lagi.. Ye tak?
Jadi, dalam dunia kecik yang sementara ni..berbuat baiklah sesama kita..banyak pahala,terbang dosa.
Siapa pun kawan kita, jadilah diri kita sendiri..Biar kurang sempurna, tapi cuba jadi sempurna dan jadilah kawan yang sempurnakan hidup kawan lain dengan membuat mereka bahagia.
'KITA KAWAN JANGAN LAWAN'
Wednesday, 13 February 2013
Filipinos Egg Pie
Filipinos Egg Pie
Actually sebelum ni memang tak pernah pun dengar nama pie ni..semua terjadi selepas seorang kawan, Nina yang bercerita betapa sedapnya Egg Tart di Filipina yang rupanya besar macam kek..tu kata dia..dalam perjalanan balik menghantar I pulang ke rumah, otak pun mula terfikir nak mencuba resepi ni since I pun memang minat sangat dengan egg tart or portugese egg tart..
So sampai rumah mulalah meng'Google' resepi egg pie ni..Tapi rasanya after a month baru dapat buat..I memang selalu macam ni..resepi dapat buatnya belum tentu bila...Kepada peminat-peminat Egg Tart, bolehlah mencuba resepi ni untuk tea time..memang sedap dan caranya pun tak susah..
Bahan-bahan
1 cawan butter (227 gram) -Sejuk dan dipotong dadu
2 1/2 cawan tepung serbaguna
2 tsb gula kastor
Sedikit garam
Sedikit air sejuk
Bahan-bahan custard
3 biji telur saiz A
1 biji telur saiz A - pisahkan kuning telur dan putih telur
1 tin susu cair
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula halus
Cara membuat kulit pie
1) Butter yang telah dipotong dadu digaul rata bersama tepung dan gula kastor..( I guna garfu je,lenyek-lenyekkan butter dalam tepung) sampai tepung and butter terasa halus..masukkan air sejuk sedikit(agak-agak) sampai rasa adunan tepung boleh diuli..(adunan tak melekat kat bekas ok la tu)
2) Balut adunan dalam wrapping plastic then simpan dalam fridge selama 30 minit.
Cara membuat custard.
1) Susu cair dipanaskan di dalam oven selama 2 minit. Bagi yang tiada oven panaskan di dalam sauce pan dengan api sederhana sehingga hampir menggelegak(buih-buih halus timbul di tepi). Ketepikan.
2) Pukul 3 biji telur bersama 1 biji kuning telur. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi dan masukkan pula susu cair.
3) Putih telur yang telah diasingkan dipukul sehingga kembang (soft peak). Masukkan ke dalam adunan telur. gaul guna senduk je.
- Uli pastry dan masukkan custard, bakar pada suhu 170C selama 15 minit dan turunkan suhu kepada 160C selama 40 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)


