Wednesday, 13 February 2013

Filipinos Egg Pie


Filipinos Egg Pie

Actually sebelum ni memang tak pernah pun dengar nama pie ni..semua terjadi selepas seorang kawan, Nina yang bercerita betapa sedapnya Egg Tart di Filipina yang rupanya besar macam kek..tu kata dia..dalam perjalanan balik menghantar I pulang ke rumah, otak pun mula terfikir nak mencuba resepi ni since I pun memang minat sangat dengan egg tart or portugese egg tart..

So sampai rumah mulalah meng'Google' resepi egg pie ni..Tapi rasanya after a month baru dapat buat..I memang selalu macam ni..resepi dapat buatnya belum tentu bila...Kepada peminat-peminat Egg Tart, bolehlah mencuba resepi ni untuk tea time..memang sedap dan caranya pun tak susah..


Bahan-bahan
1 cawan butter (227 gram) -Sejuk dan dipotong dadu
2 1/2 cawan tepung serbaguna
2 tsb gula kastor
Sedikit garam
Sedikit air sejuk

Bahan-bahan custard
3 biji telur saiz A
1 biji telur saiz A - pisahkan kuning telur dan putih telur
1 tin susu cair
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula halus

Cara membuat kulit pie
1) Butter yang telah dipotong dadu digaul rata bersama tepung dan gula kastor..( I guna garfu je,lenyek-lenyekkan butter dalam tepung) sampai tepung and butter terasa halus..masukkan air sejuk sedikit(agak-agak) sampai rasa adunan tepung boleh diuli..(adunan tak melekat kat bekas ok la tu)
2) Balut adunan dalam wrapping plastic then simpan dalam fridge selama 30 minit.

Cara membuat custard.
1) Susu cair dipanaskan di dalam oven selama 2 minit. Bagi yang tiada oven panaskan di dalam sauce pan dengan api sederhana sehingga hampir menggelegak(buih-buih halus timbul di tepi). Ketepikan.
2) Pukul 3 biji telur bersama 1 biji kuning telur. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi dan masukkan pula susu cair.
3) Putih telur yang telah diasingkan dipukul sehingga kembang (soft peak). Masukkan ke dalam adunan telur. gaul guna senduk je.

- Uli pastry dan masukkan custard, bakar pada suhu 170C selama 15 minit dan turunkan suhu kepada 160C selama 40 minit.


No comments:

Post a Comment